Tarian India Klasikal ( oddisi )
Shatis Johsiou
Thursday, 14 June 2012
Sunday, 10 June 2012
Thursday, 31 May 2012
Kebudayaan India
Budaya India
dicirikan dengan sinkretisme yang
tinggi dan kemajmukan
budaya. Budaya India mampu memantapkan tradisi
lama sambil menyerap adat resam, tradisi dan idea baru dari para penjajah dan
pendatang. Kepentingan kepelbagaian
budaya telah lama menyatakan
sejarah dan tradisi, perlembagaan dan penyusunan politik India.
Karya-karya kesusasteraan India terawal disebarkan
secara lisan dan hanya lama kemudian didapati dalam bentuk bertulis. Ini termasuklah karya-karya kesusasteraan
Sanskrit, seperti epik Mahabharata dan Ramayana, dan drama Pengiktirafan Śakuntalā, serta juga karya-karya kesusasteraan
Sangam dalam bahasa Tamil. Antara pengarang
India zaman moden yang giat mengarang dalam bahasa-bahasa India atau Inggeris, Rabindranath
Tagorelah yang paling terkenal.
Masakan India disifatkan dengan pelbagai gaya rantauan dan penggunaan herba
dan rempah yang canggih. Makanan ruji di kawasan India ialah nasi (khususnya di
selatan dan timur) dan gandum (terutamanya di utara)
Pakaian
India tradisional
menampakkan perbezaan ketara dari rantau ke serantau dari segi warna dan gaya
dan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk iklim. Gaya-gaya pakaian yang popular termasuklah sari untuk wanita dan lungi atau dhoti untuk lelaki.
Kebanyakan perayaan
India berbentuk keagamaan,
namun ada yang disambut oleh rakyat tanpa mengira kasta atau kepercayaan.
Perayaan yang paling banyak disambut termasuk Diwali, Holi, Onam, Dussehra, Bihu, Durga
puja,
kedua-dua Hari Raya, Krismas, Ugadi, dan Vaisakhi.
India mempunyai
tiga cuti
kebangsaan. Setiap negeri juga mempunyai set sembilan hingga dua belas hari cuti
yang tersendiri. Amalan keagamaan adalah sebahagian penting dalam kehidupan
seharian dan dijadikan perkara awam. Nilai kekeluargaan tradisi Indian masih
disanjung tinggi, meskipun keluarga-keluarga di bandar kini lebih menggemari
keluarga asas atas sebab kekangan-kekangan sosioekonomi yang dikenakan sistem
keluarga bergabung.
Subscribe to:
Posts (Atom)