Thursday, 31 May 2012

Kebudayaan India




Budaya India dicirikan dengan  sinkretisme  yang tinggi dan kemajmukan budaya. Budaya India mampu memantapkan tradisi lama sambil menyerap adat resam, tradisi dan idea baru dari para penjajah dan pendatang. Kepentingan   kepelbagaian budaya telah lama menyatakan sejarah dan tradisi, perlembagaan dan penyusunan politik India.

Karya-karya  kesusasteraan India terawal  disebarkan  secara  lisan  dan hanya lama kemudian didapati  dalam bentuk bertulis. Ini termasuklah karya-karya kesusasteraan Sanskrit, seperti epik Mahabharata dan Ramayana, dan drama    Pengiktirafan Śakuntalā,  serta  juga    karya-karya kesusasteraan Sangam dalam bahasa Tamil. Antara pengarang India zaman moden yang giat mengarang dalam bahasa-bahasa India atau Inggeris, Rabindranath Tagorelah yang paling terkenal.

Masakan India disifatkan dengan pelbagai gaya rantauan dan penggunaan herba dan rempah yang canggih. Makanan ruji di kawasan India ialah nasi (khususnya di selatan dan timur) dan gandum (terutamanya di utara)

Pakaian India tradisional menampakkan perbezaan ketara dari rantau ke serantau dari segi warna dan gaya dan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk iklim. Gaya-gaya  pakaian yang popular termasuklah sari untuk wanita dan lungi atau dhoti untuk lelaki.



Kebanyakan perayaan India berbentuk keagamaan, namun ada yang disambut oleh rakyat tanpa mengira kasta atau kepercayaan. Perayaan yang paling banyak disambut termasuk Diwali, Holi, Onam, Dussehra, Bihu, Durga puja, kedua-dua Hari Raya, Krismas, Ugadi, dan Vaisakhi.

 India mempunyai tiga cuti kebangsaan. Setiap negeri juga mempunyai set sembilan hingga dua belas hari cuti yang tersendiri. Amalan keagamaan adalah sebahagian penting dalam kehidupan seharian dan dijadikan perkara awam. Nilai kekeluargaan tradisi Indian masih disanjung tinggi, meskipun keluarga-keluarga di bandar kini lebih menggemari keluarga asas atas sebab kekangan-kekangan sosioekonomi yang dikenakan sistem keluarga bergabung.

No comments:

Post a Comment